PUNCA KEJADIAN
- Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih 30 ribu penduduk melayu yang tinggal di situ.Dikatakan kaum cina yang menang telah berarak denganmenghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu suadah jatuh","Kuala Lumpur sekarang cina punya","Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua melayu". Orang-orang cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang melayukeluar dari Kuala Lumpur.
- Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya, mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh itu, menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di semenanjung Malaysia", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu. Namun hakikatnya kedudukan taraf ekonomi orang melayu adalah rendah berbanding dengan orang cina.
- Masalah ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
Comments
Post a Comment