CADANGAN MENGATASI ISU PERKAUMAN

  •  Pendidikan silang budaya 



Pengasingan kaum berpunca daripada polarisasi kaum yang kritikal di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Dengan adanya pendidikan silang budaya, pengatahuan dan ilmu yang dipelajari akan memberi pemahaman mengenai kaum lain dan memudahkan kita bergaul antara satu sama lain.



  • Didikan ibubapa 



Didikan ibubapa juga sangat penting dalam menangani isu ini. Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Disebabkan itu, fikiran dan perbuatan mereka kan dipengaruhi daripada ibubapa. Oleh itu, anak-anak perlulah didedahkan dengan pentingnya pergaulan dengan kaum lain sejak mereka kecil.



  • Media massa 



Media massa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu ini. Penyebaran berita palsu dan fitnah mengenai sesuatu budaya atau agama semakin berleluasa melalui media massa. Oleh itu, setiap individu perlulah berfikir terlebih dahulu mengenai berita yang disebarkan sebelum menyebarkannya kerana perkara ini dapat mencetuskan pertelingkahan antara kaum serta masyarakat. Setiap individu perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam berkongsi sesuatu maklumat terutamanya yang berkaintan dengan sensitiviti kaum.

Comments